Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

Day By Day



Apa khabar u olls ?? sihat semua hendaknya. Okay laa, entry kali ni nak story morry pasal apa yer? Hurm . . xpe laa. Bedal je laa nak cerita pasal apa. Semua masuk port okay? Baiklah, firstly nak cakap yang semester break dah nak habis !!! Lagi seminggu and we’re about to leave our home for the new incoming semester. Alhamdulillah, its already a year since i was in  UiTM Machang J . Bukak sem baru ni aku dah sem 3. Result final exam hari tuu??? Okay laa even ak sedikit kuciwa xdapat maintain Dean List L but still , i’m really grateful to our Creator Allah S.W.T , Alhamdullilah Ya Allah. A big appreciated to my Abah and Maa, my family : Abe Long, Kak Nor and adik. To all my beloved lecturers and classmates AM1102D. Tak lupa juga team study last minit : Anis,Azim,Azam,Adam,Wan,Acai,Din and Sam jugak yg ada join hrituu tp dua orang ni memang dah otak study gilerr. Xpayah study pon memang dah pandai woo . . ha ha ha ^^v

Okay laa. Lagi apa yer? Hah ! ada satu lagi. Tapi rasanya aku tak nak share lagi benda ni kat entry. Next entry aku bgitau laa yer hee hee hee :P . Btw, cuti sem kali agak memboringkan since aku dok kat rumah jer. Tak pegi bercuti, kerja pon tak hurmm apa pon tak boleh. But, masa cuti aku ni terluang dengan jadi babysitter cousin aku. Dia pon dah makin rapat dgn aku sbb dok hadapp muka aku je kan hari-hari hahaha. Bila dah nak bukak sem rasa berat hati gilerr nak tinggal budak ni L


* my cousin : Wan Nur Aqilah bt Wan Mohd.Azmi

Rasanya macam dah tak de idea nak tulis ape hahaha . okay laa . . perenggan last la ni ye. Aku nak tanya la kan sbb macam lama dah bermain kat fikiran aku sejak hari tu. Aku ni memang jenis semangat setiakawan terlebih atau pendendam aku pon xtau. But still, luka masih merah berdarah di hati ni *Amboihhh*. If kawan korang terserempak dgn korang then dia boleh buat xtahu ? siap jeling lagi bijik mata tuu ! Haihh , mendidih bhaii ! kita bukan main lagi niat nak senyum terus hilang. Nak kata  tak cam ke, tak nampak ke or tak perasan ke memang tak lahh. Siap bertentang mata lagi. Ya Allah, sedih tau tak! Sampai hati L sampai sekarang aku pun tak tahu nape dia buat macam tu? Dah ler, malas nak citer lagi. Sekadar meluahkan sedikit perasaan terkilan.Ape pun kalau rasa tak puas hati, please,please and please ! Tell me directly and InsyaAllah, i will fixed all my faults okay ?


*Hai ! Peace yaw !! jangan sedih2.

Alhamdulillah,Alhamdulillah ! walau begitu aku masih ada seorang sahabat yang memahami. Time nak exam week dulu aku rasa dia ada terasa hati dengan aku kot but she didn’ speak out to me. Hurm, seriously aku tak tau nape jadi gituu. Dia pun xcakap kot2 dia ada terasa hati kann. Tp syukur, persahabatan ini  masih utuh. Waktu tu aku tau dia ada dok kataa tp buat dunno jelahh sebab aku sayangkan friendship kita. No one can be like you ANMZ. Masa cuti pun dok tringat kat dia. Maybe kat UiTM, she is the only one can stand with me. Aku MINTA MAAF andai pernah buat kau terasa.great sorry fren L



Okay  done !feeling je memanjang kan hoho. Setakat ni je dulu. UiTM here I come! Home will be always in my mind :’) * Dok UiTM Machang je pon, boleh balik tiap-tiap minggu laa*
Wallahualam, segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri . . 
Wassalam .


Tuesday, 2 April 2013

Sahabat Selamanya ツ


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai readers ! okay lah, entry kali ni nak citer pasal seseorang yang korang panggil sahabat, kawan, teman, buddyz atau orang Kelantan panggil ‘saem’ atau ‘gu’  . . . Aku akui ( entry kali ni guna ‘aku’ balik haha) sahabat sgt penting dalam hidup. Tanpa mereka, kita tak der  tempat nak kongsi suka duka, kongsi pengalaman atau mungkin tempat nak luahkan perasaan. Iye lah , selain family kita nak jugak kongsi dgn orang lain kan? Kadang2 ada sesuatu yang hanya boleh diluahkan kpd sahabat kita selain dri family. Bukan nak ketepikan family tapi tak nak bagi diorang risau. Contohnya macam aku. Aku sekarang jauh dri family coz aku dok kat UiTM. Kadang2 tu memang ada masalah pembelajaran, masalah kawan, dan byk lagi masalah lain. Aku jarang bagitau maa n abah sebab tak nak diorang risau. Tapi lumrah seorang ibu , my mom kadang2 dpat rasa aku ada masalah. Dia akan kol and tanya aku OK ke tidak. Mula2 tu tak nak bgitau tp akhirnya . . sampai menangis bila maa kol hahaha. . . but still, aku tak bagitau semua. At the end of our conversations, aku akan cakap benda ni akan selesai. InsyaAllah.
Olrite, back to our topic. Sahabat . . hurm, it seems really hard to find real friends. Sahabat ketika suka senang nak cari, petik jari je penuh depan mata. Tapi, sahabat duka ?? memang payah. . Ketahuilah, sesungguhnya dalam persahabatan ni banyak yang perlu kita harungi dan lalui bersama.
Disini aku nak kongsi sedikit mutiara kata :

"Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda" – anonymous


"Masa susah akan menunjukkan siapakah sahabat sebenar" - anonymous


So . .  fahamkah anda ? heheh . . . apa yang aku fahamlah, seorang sahabat itu bukan diukur dari berapa lama mereka bersahabat tapi sahabat adalah mereka yg sentiasa ada ketika senang atau susah. . .  Alangkah bertuahnya jika dapat sahabat macam ni kan? Dan . . . jika nak tahu siapa sahabat sbenar, anda nilai lah sendiri siapa yang masih sanggup bersama ketika susah. . kerana dia lah sahabat sejati.

Bolehkah kita ?

Nak dapat sahabat yang baik, diri sendiri pun kenalah jadi sahabat yang baik. Persoalannya, bolehkah kita menjadi sahabat yang baik? InsyaAllah boleh kan readers sekalian? Sesetengah orang mungkin tidak sedar, menjadi sahabat sejati adalah lebih sukar daripada menjadi pelajar cemerlang ( Ehh . .?? ) Kaitannya ? Untuk menjadi pelajar cemerlang hanya perlu bersahabat dgn buku. Buku ada perasaan ? emosi ? kerenah pelik ? Tak der kan . . jadi buku itu hanya perlu dibaca shaja tanpa ada masalah. Tapi untuk menjadi sahabat, mereka perlu berhadapan dgn MANUSIA. Yeahh . . manusia yang mempunyai perasaan,emosi dan kerenah masing-masing. Seorang sahabat hendaklah sentiasa sabar dan selalu disisi ketika senang atau susah :')

Disini lagi mutiara kata :

"Persahabatan adalah sekuntum bunga mawar hidup, dimana memberikan kewangian disetiap kelopaknya" - Oliver Wandell Holmes

"Sahabat adalah mereka yang melihat tangisan pertama, menangkap yang kedua dan memberhentikan yang ketiga" - Angelique

Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kita hendaklah  sentiasa memper’indah’kan hari-hari persahabatan moga kekal hingga ke syurga InsyaAllah J Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T agar kita dikurniakan sahabat yang baik serta menjadi seorang sahabat yang selalu disisi ketika senang atau susah . . Amin

Akhir kalam . . Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah.Sama-samalah berdoa agar kita tergolong dalam SAHABAT SEJATI ! INSYAALLAH