Tuesday 2 April 2013

Sahabat Selamanya ツ


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai readers ! okay lah, entry kali ni nak citer pasal seseorang yang korang panggil sahabat, kawan, teman, buddyz atau orang Kelantan panggil ‘saem’ atau ‘gu’  . . . Aku akui ( entry kali ni guna ‘aku’ balik haha) sahabat sgt penting dalam hidup. Tanpa mereka, kita tak der  tempat nak kongsi suka duka, kongsi pengalaman atau mungkin tempat nak luahkan perasaan. Iye lah , selain family kita nak jugak kongsi dgn orang lain kan? Kadang2 ada sesuatu yang hanya boleh diluahkan kpd sahabat kita selain dri family. Bukan nak ketepikan family tapi tak nak bagi diorang risau. Contohnya macam aku. Aku sekarang jauh dri family coz aku dok kat UiTM. Kadang2 tu memang ada masalah pembelajaran, masalah kawan, dan byk lagi masalah lain. Aku jarang bagitau maa n abah sebab tak nak diorang risau. Tapi lumrah seorang ibu , my mom kadang2 dpat rasa aku ada masalah. Dia akan kol and tanya aku OK ke tidak. Mula2 tu tak nak bgitau tp akhirnya . . sampai menangis bila maa kol hahaha. . . but still, aku tak bagitau semua. At the end of our conversations, aku akan cakap benda ni akan selesai. InsyaAllah.
Olrite, back to our topic. Sahabat . . hurm, it seems really hard to find real friends. Sahabat ketika suka senang nak cari, petik jari je penuh depan mata. Tapi, sahabat duka ?? memang payah. . Ketahuilah, sesungguhnya dalam persahabatan ni banyak yang perlu kita harungi dan lalui bersama.
Disini aku nak kongsi sedikit mutiara kata :

"Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda" – anonymous


"Masa susah akan menunjukkan siapakah sahabat sebenar" - anonymous


So . .  fahamkah anda ? heheh . . . apa yang aku fahamlah, seorang sahabat itu bukan diukur dari berapa lama mereka bersahabat tapi sahabat adalah mereka yg sentiasa ada ketika senang atau susah. . .  Alangkah bertuahnya jika dapat sahabat macam ni kan? Dan . . . jika nak tahu siapa sahabat sbenar, anda nilai lah sendiri siapa yang masih sanggup bersama ketika susah. . kerana dia lah sahabat sejati.

Bolehkah kita ?

Nak dapat sahabat yang baik, diri sendiri pun kenalah jadi sahabat yang baik. Persoalannya, bolehkah kita menjadi sahabat yang baik? InsyaAllah boleh kan readers sekalian? Sesetengah orang mungkin tidak sedar, menjadi sahabat sejati adalah lebih sukar daripada menjadi pelajar cemerlang ( Ehh . .?? ) Kaitannya ? Untuk menjadi pelajar cemerlang hanya perlu bersahabat dgn buku. Buku ada perasaan ? emosi ? kerenah pelik ? Tak der kan . . jadi buku itu hanya perlu dibaca shaja tanpa ada masalah. Tapi untuk menjadi sahabat, mereka perlu berhadapan dgn MANUSIA. Yeahh . . manusia yang mempunyai perasaan,emosi dan kerenah masing-masing. Seorang sahabat hendaklah sentiasa sabar dan selalu disisi ketika senang atau susah :')

Disini lagi mutiara kata :

"Persahabatan adalah sekuntum bunga mawar hidup, dimana memberikan kewangian disetiap kelopaknya" - Oliver Wandell Holmes

"Sahabat adalah mereka yang melihat tangisan pertama, menangkap yang kedua dan memberhentikan yang ketiga" - Angelique

Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kita hendaklah  sentiasa memper’indah’kan hari-hari persahabatan moga kekal hingga ke syurga InsyaAllah J Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T agar kita dikurniakan sahabat yang baik serta menjadi seorang sahabat yang selalu disisi ketika senang atau susah . . Amin

Akhir kalam . . Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah.Sama-samalah berdoa agar kita tergolong dalam SAHABAT SEJATI ! INSYAALLAH