Sunday 2 June 2013

Day By Day



Apa khabar u olls ?? sihat semua hendaknya. Okay laa, entry kali ni nak story morry pasal apa yer? Hurm . . xpe laa. Bedal je laa nak cerita pasal apa. Semua masuk port okay? Baiklah, firstly nak cakap yang semester break dah nak habis !!! Lagi seminggu and we’re about to leave our home for the new incoming semester. Alhamdulillah, its already a year since i was in  UiTM Machang J . Bukak sem baru ni aku dah sem 3. Result final exam hari tuu??? Okay laa even ak sedikit kuciwa xdapat maintain Dean List L but still , i’m really grateful to our Creator Allah S.W.T , Alhamdullilah Ya Allah. A big appreciated to my Abah and Maa, my family : Abe Long, Kak Nor and adik. To all my beloved lecturers and classmates AM1102D. Tak lupa juga team study last minit : Anis,Azim,Azam,Adam,Wan,Acai,Din and Sam jugak yg ada join hrituu tp dua orang ni memang dah otak study gilerr. Xpayah study pon memang dah pandai woo . . ha ha ha ^^v

Okay laa. Lagi apa yer? Hah ! ada satu lagi. Tapi rasanya aku tak nak share lagi benda ni kat entry. Next entry aku bgitau laa yer hee hee hee :P . Btw, cuti sem kali agak memboringkan since aku dok kat rumah jer. Tak pegi bercuti, kerja pon tak hurmm apa pon tak boleh. But, masa cuti aku ni terluang dengan jadi babysitter cousin aku. Dia pon dah makin rapat dgn aku sbb dok hadapp muka aku je kan hari-hari hahaha. Bila dah nak bukak sem rasa berat hati gilerr nak tinggal budak ni L


* my cousin : Wan Nur Aqilah bt Wan Mohd.Azmi

Rasanya macam dah tak de idea nak tulis ape hahaha . okay laa . . perenggan last la ni ye. Aku nak tanya la kan sbb macam lama dah bermain kat fikiran aku sejak hari tu. Aku ni memang jenis semangat setiakawan terlebih atau pendendam aku pon xtau. But still, luka masih merah berdarah di hati ni *Amboihhh*. If kawan korang terserempak dgn korang then dia boleh buat xtahu ? siap jeling lagi bijik mata tuu ! Haihh , mendidih bhaii ! kita bukan main lagi niat nak senyum terus hilang. Nak kata  tak cam ke, tak nampak ke or tak perasan ke memang tak lahh. Siap bertentang mata lagi. Ya Allah, sedih tau tak! Sampai hati L sampai sekarang aku pun tak tahu nape dia buat macam tu? Dah ler, malas nak citer lagi. Sekadar meluahkan sedikit perasaan terkilan.Ape pun kalau rasa tak puas hati, please,please and please ! Tell me directly and InsyaAllah, i will fixed all my faults okay ?


*Hai ! Peace yaw !! jangan sedih2.

Alhamdulillah,Alhamdulillah ! walau begitu aku masih ada seorang sahabat yang memahami. Time nak exam week dulu aku rasa dia ada terasa hati dengan aku kot but she didn’ speak out to me. Hurm, seriously aku tak tau nape jadi gituu. Dia pun xcakap kot2 dia ada terasa hati kann. Tp syukur, persahabatan ini  masih utuh. Waktu tu aku tau dia ada dok kataa tp buat dunno jelahh sebab aku sayangkan friendship kita. No one can be like you ANMZ. Masa cuti pun dok tringat kat dia. Maybe kat UiTM, she is the only one can stand with me. Aku MINTA MAAF andai pernah buat kau terasa.great sorry fren L



Okay  done !feeling je memanjang kan hoho. Setakat ni je dulu. UiTM here I come! Home will be always in my mind :’) * Dok UiTM Machang je pon, boleh balik tiap-tiap minggu laa*
Wallahualam, segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan kelemahan itu datang dari diri saya sendiri . . 
Wassalam .


Tuesday 2 April 2013

Sahabat Selamanya ツ


 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai readers ! okay lah, entry kali ni nak citer pasal seseorang yang korang panggil sahabat, kawan, teman, buddyz atau orang Kelantan panggil ‘saem’ atau ‘gu’  . . . Aku akui ( entry kali ni guna ‘aku’ balik haha) sahabat sgt penting dalam hidup. Tanpa mereka, kita tak der  tempat nak kongsi suka duka, kongsi pengalaman atau mungkin tempat nak luahkan perasaan. Iye lah , selain family kita nak jugak kongsi dgn orang lain kan? Kadang2 ada sesuatu yang hanya boleh diluahkan kpd sahabat kita selain dri family. Bukan nak ketepikan family tapi tak nak bagi diorang risau. Contohnya macam aku. Aku sekarang jauh dri family coz aku dok kat UiTM. Kadang2 tu memang ada masalah pembelajaran, masalah kawan, dan byk lagi masalah lain. Aku jarang bagitau maa n abah sebab tak nak diorang risau. Tapi lumrah seorang ibu , my mom kadang2 dpat rasa aku ada masalah. Dia akan kol and tanya aku OK ke tidak. Mula2 tu tak nak bgitau tp akhirnya . . sampai menangis bila maa kol hahaha. . . but still, aku tak bagitau semua. At the end of our conversations, aku akan cakap benda ni akan selesai. InsyaAllah.
Olrite, back to our topic. Sahabat . . hurm, it seems really hard to find real friends. Sahabat ketika suka senang nak cari, petik jari je penuh depan mata. Tapi, sahabat duka ?? memang payah. . Ketahuilah, sesungguhnya dalam persahabatan ni banyak yang perlu kita harungi dan lalui bersama.
Disini aku nak kongsi sedikit mutiara kata :

"Persahabatan tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah meninggalkan sisi anda" – anonymous


"Masa susah akan menunjukkan siapakah sahabat sebenar" - anonymous


So . .  fahamkah anda ? heheh . . . apa yang aku fahamlah, seorang sahabat itu bukan diukur dari berapa lama mereka bersahabat tapi sahabat adalah mereka yg sentiasa ada ketika senang atau susah. . .  Alangkah bertuahnya jika dapat sahabat macam ni kan? Dan . . . jika nak tahu siapa sahabat sbenar, anda nilai lah sendiri siapa yang masih sanggup bersama ketika susah. . kerana dia lah sahabat sejati.

Bolehkah kita ?

Nak dapat sahabat yang baik, diri sendiri pun kenalah jadi sahabat yang baik. Persoalannya, bolehkah kita menjadi sahabat yang baik? InsyaAllah boleh kan readers sekalian? Sesetengah orang mungkin tidak sedar, menjadi sahabat sejati adalah lebih sukar daripada menjadi pelajar cemerlang ( Ehh . .?? ) Kaitannya ? Untuk menjadi pelajar cemerlang hanya perlu bersahabat dgn buku. Buku ada perasaan ? emosi ? kerenah pelik ? Tak der kan . . jadi buku itu hanya perlu dibaca shaja tanpa ada masalah. Tapi untuk menjadi sahabat, mereka perlu berhadapan dgn MANUSIA. Yeahh . . manusia yang mempunyai perasaan,emosi dan kerenah masing-masing. Seorang sahabat hendaklah sentiasa sabar dan selalu disisi ketika senang atau susah :')

Disini lagi mutiara kata :

"Persahabatan adalah sekuntum bunga mawar hidup, dimana memberikan kewangian disetiap kelopaknya" - Oliver Wandell Holmes

"Sahabat adalah mereka yang melihat tangisan pertama, menangkap yang kedua dan memberhentikan yang ketiga" - Angelique

Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kita hendaklah  sentiasa memper’indah’kan hari-hari persahabatan moga kekal hingga ke syurga InsyaAllah J Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T agar kita dikurniakan sahabat yang baik serta menjadi seorang sahabat yang selalu disisi ketika senang atau susah . . Amin

Akhir kalam . . Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah.Sama-samalah berdoa agar kita tergolong dalam SAHABAT SEJATI ! INSYAALLAH








Thursday 21 February 2013

Single or Couple ?



SINGLE , ye itulah hidup tanpa insan istimewa . Sebagai seorg yang single , mesti nak ada perasaan yang sama dgn org yang couple . Iyelah , ingin disayangi serta diambil perhatian .Kadang-kadang rasa dengki pun ada kan dgn kawan kita yang couple? Bila si kumbang mula mengusik sikit pun dah timbul rasa lain dah kan .

COUPLE, terasa seolah olah dunia ana yang punya gituu kan ? Bngun pagi ada org mesej/call , bila boring,nak makan  ada yang nak temankan , bila nak ke tandas pun ada orang nak ambil tahu , nak tidur apatah lagi kan ? Dengan mesej-mesej yang membuat kita tersenyum seorang diri, terasa sgt dihargai & disayangi .Bila rindu ?? Keluar dating dgn awek/pakwe kita . . Tapi pernah tak kita fikir , betul ke apa yang aku buat ni ? Couple ni haram ke tidak eah ? 

Persoalannya , pernah kah persoalan begitu bermain di fikiran ? Dari pemerhatian ana ( ehem , ehem ) sendiri , isu haram halal sudah menjadi tidak penting bila dah couple. Malah , bila diberitahu sekalipun tentang couple itu sendiri , ibarat masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Seperti yang semua dah sedia maklum , couple itu sendiri mendekatkan diri dgn zina. Ramai juga yang terjerumus dalam masalah sosial bermula drpd couple . Dalam Al-Quran , Allah s.w.t telah berfirman :

 Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Disini ana nak menekankan tentang 'Mendekati Zina' bukan 'Membuat Zina' okehh. Bermakna bagi mereka yang sudah dekat/couple pun telah diharamkan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran .Apatah lagi yang pernah melebihi batas ? Nauzubillah . . Hadis Rasulullah s.a.w telah memperincikan lagi jenis-jenis zina ;

 Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

Hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. 

Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. 

Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. 

Jadi ,tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan kan? Fikir-fikirkan lah dan cuba renungkan . Ana sendiri pun banyak lagi kena perbaiki . Ini sekadar perkongsian ilmu dan muhasabah diri untuk ana juga .

Bagi yang single ( macam ana nih hohoho ) jangan bersedih . La Tahzan Innalaha Ma'ana . Sesungguhnya Allah ada bersama kita . Ustaz ana selalu berkata "Jika kita xde gewe ( couple ) Allah nak pelihara kita dari membuat dosa lah tu dan hindari kita dri godaan syaitan laknatullah" Sesungguhnya Allah itu Maha Adil . Mungkin yang lebih baik sedang menunggu kita cuma jodoh saja belum sampai . Bila tiba masanya tu , hahh. . apa lagi ? KAHWIN terus ! Hehe :)


Sikit lagi sebelum ana nak tamatkan coretan kali ni , tipulah kalau ana kata , ana xder perasaan langsung untuk couple dan perasaan sukakan si kumbang . TIPU ! Perasaan tu tetap ada tapi ana selalu bertepuk sebelah tangan jer hoho . Tak per , ana xkisah pun sbenarnya . Alhamdulillah Allah masih sayangkan ana . Terima kasih Ya Rabb :') . Apa yang ana harapkan , Si Dia dpt menerima dan menyayangi ana seadanya . InsyaAllah . . . Semoga hari itu tiba jua .



Sekadar renungan dan muhasabah . Sama-sama kita baiki diri . Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datang dari diri ana sendiri .

Wassalam .


Wednesday 20 February 2013

Camping BPC :)







  Apa khabar sayangs sume ? Hehe , saja nak menggedik yer . Fuhh , akhirnya dapat jugak update blog since internet kat 'hutan' ni slow yang teramat ==" hew hew . So , dah masuk bulan februari and this is my first entry on 2013 . . . baru start nak buat entry baru yer  . . hahaha , tapi never mind lah . Just keep consistent on it . tapi jujurnya gua malas nak meng’update’ blog ni muahahah . If korang prasan kan , stiap entry, gua state benda yang sama , ‘Malas nak update’ . tapi itulah kenyataannya. . .


Entry kali ni  aku nak citer pasal camping BPC .* Aku kan ahli setia PBSM * Errrr ==” . part 2 ni kitorang dapt g camping kat luar dari UiTM  ! Woahhh , best sangat kan ==” . Tapi beruntunglah coz part 2 sbelom ni camping dalam kwsan UiTM je hahaha . Best ke camping kali nih ? Bagi aku , okaylah dr camping part 1 sem lepas. Camping kali ni kitorang g camping kat Pantai Perkasa , Bachok . Kenal ke idokk ? Aku pon first time pegi situ wei . .  hahaha . .

                                           
                                       haaa , ni lah Pantai Perkasa :) . Angin sepoi-sepoi bahasa gituuw


No entry ! =="

 Sbelom pegi sana , kitorang dah dibahagi ikut group masing2 . aku group 3 skali dgn Izzat (leader) , Dauh , Atiqah ,Haida , Intan ,Siti , Farah , Wani, Cik Tien , Fatin, Afiqa and Niniey . Ahli group kami best and sempoi sgt ( Ye lah tuw hahah ) . Diorang ni terbaikk ! Thanks for all the cooperation guys ! Have great weekend with you ollzz . Gambo2 ni dpt upload ckit je coz time camping : No handphones allowed ! )=
Apepon , camping . . camping jugak . Study jange lupo ! (= . Counting for the final . Nok cuti semmm ~~ 


Ni posing kejap before balik UiTM . Intan wif Siti :*


Sekali lagi , jelingannya .  aummm  ! hahaha


Intan weh ! merenung jauh nmpak :)


edited by : Intan Sakinah Masdan . Thanks babyy !


Haaa , cantik kan pic ni ? Sapa yang ambik? *Ehem ,ehem hahaha

So , stakat ni je lah kali ni . Jari aku ni mintak direhatkan hahaha . Wait ! xaci la kan gambar aku , Siti n Intan je kan . Okay , ni pic grup kitorang , dgn Komander Nik . Terbaiikk !


heheheh . . PEACE ! satu sem lagi nak habiskan BPC ni !!

Okay , okay . .  kali ni betul nak blah dah . Sehingga jumpa lagi yep . Mungkin seminggu lgi , sebulan atau stahun lagi bru nak update lagi muahahah :P .

Wassalam :)




Sunday 16 December 2012

Benda baru , Minat baru

Assalamualaikum . .

Apa kabar you olls ? Semua mesti sehadd je kan . Alhamdulillah , aku makinlah sehadd  sihat , hahaha . Seperti biasalah , aku ni boleh update blog ni time 2 - 3 pagi . Haaa , time ni line laju giler wei . Best la aku nak upload foto , update blog , facebook-ing and twitter-ing . Btw , do add and do follow lah yer

Facebook : Siti Zafirah and Twitter : @zafirahzukipli  :D
 ouh ya.. sekarang kan zaman manusia ber' Instagram ' and i have one : zafirah_zukipli <--- akaun instagram aku . Do follw lah ea . Bolehlah nak jenguk2 aku punya gamba2 kat situ . setakat ni Xsampai 30 photos pun lagi yang aku capture tapi aku akan tambah di hari-hari yang mendatang ni .

Tasha Manshahar :)

Sejak kebelakangan ni aku asyik dgr lagu Tasha jer . I admit that she has a great voice berbanding dgn Ainan Tasneem . Lagu-lagu yang Tasha nyanyi memang best dowh especially time duet with Syed Shamim , so nice ! Memang kne lah dgn halwa telinga aku nih .Antara lagu yang memang layan  yang aku dgr Love you like love song , Hati ini , Be mine and so on . Seriously aku rasa Tasha memang boleh pergi jauh dgn bakat yang ada pada dia ni . semoga terus sukses :D .  Its already late , so aku nak tdo dulu . Pic ? nanti-nati lah ea , ngantok sangat dah ni >..< .

Sekian coretan jari2 kali ni , see you soon !

Wassalam . . . 

Monday 10 December 2012

New mission , New Sem.. Alhamdulillah :')


Assalamualaikum . . .
Iyerr *sigh . . dah berzaman agaknya aku tak mengupdate blog ni. Alasan yang sama , aku malas hehehe. Kali ni aku akan cuba rajin-rajinkan diri untuk update kan blog ni. Alahh , korang bukannya baca sangat pom ye dok . Tapi yang baca blog aku ni , aku ucapkan banyak2 terima kasih la ye readers sume ! ILYSM ♥ ♥ ♥ ..
Okay lah ..  entry kali ni aku nak citer pasal sem baru !!!! Yeee.. Alhamdulillah , dah masuk sem baru ni macam bersemangat la sikit (ye lah tuu ) . Result aku sem lepas ? Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T & thanks to my maa n abah , kengkawan AM110 coz byk bantu aku sepanjang sem lepas. Oh ye, im in Dean List !!! Berapa aku dapat tu xkesah la ea yang penting Dean List hewhew..

Seperti yang diterangkan oleh ex-KP AM110 ,Prof.Md Nor , sem 2 ni kitorang akn ambik Account and Economics which is aku tak de basic langsungg ! Aku takut jugak tapi biasalah adat belajar kan,mana ada belaja senang . Yang ada basic account and economi sila bersyukur ye. Kitorang ni masih baru nak belajarr .

ACCOUNT AND ECONOMY

Wuuuuuu. . . .  lecturer kitorang memang okay and best tapi !! Hahh, ada tapi disitu..aku selenge wei . Nampak je macam fokus dalam kelas ( lecturer Acc puji class kitorang coz budak2 fokus hahah ) tapi sbenarnya fikiran melayang oii . Maunya x blurrr . 





First time on economics : Great time with Madam Noris :)
First time on account : cheerful time with Madam Nik :)

ni Anis :) . bestprengg kat sini & selamanya InshaAllah . See the shadow ?? Aku lah tu .

ni time tunggu Mdm Nik . Kelas kunci,nk tunggu punya lamo pakgad tuw.. panas weii ! >..<

Xnampak pulak mamat ni . Sam yang menjeling tu auwww ! Bertopi tu lah class rep aku. Menyakat aku no.1 lahh . . :P

Okay, xnak dah citer pasal kelas . Lets go back to TDM College.Alhamdulillah, dapat dok kolej lagi sem ni :')
pemandangan dari bilik aku..tinggi woo ! tingkat 5 kott .

hah..ni meja studi awal sem. Nati dah mid sem aku xdpt nak bayangkan >..<

SIMSIMI :D

korang tau kan simsimi ? alahh, chatting robot tu. Right now,im really addicted to Simsimi.Lucu weii. Panda kecek Qlate pulop tuu

*okayy..setakat ni je entry aku kali ini .Hope korang xjemu lah nak baca lagi ea :D 
Assalamualaikum :)






Friday 24 August 2012

campus Life (part 2)


Hurm, kejap-kejap jer aku update blog ni.Malas lorh tpi nk jugak berblogging ni.tapi best jugak blog ni.Segala coretan korang boleh tulis..setakat ni aku masih lagi sayang kan blog aku ni..hahaha.Tapi ade la sorang ‘kawan’ aku ni siap ‘hina’ lagi bila orang berblogging tapi last2 suruh aku plak yang ajar dia untuk buat blog..huhh!! dasar manusia,bila cakap mulut memang tak bertapis..nak jer aku cabai mulut dia tuh ! :p ... okaylah,forget about her.Now aku nak sambung kisah aku kat UiTM Machang ni.Ade yang best and xlupa jugak ade yang buat aku sengal lha sesangat..Sambung balik entri yang lepas.. Campus Life J

·         Nilah antara buku2 yang selalu bersepah kat atas meja study aku..Haa..buku kat hujung tu Political Science.Kan aku amik Dip.Pentadbiran Awam,so kne study ni.orang len xstudy tau..haha. kau ader??


Under diploma yang aku amik skang ni,pembelajarannya xlah susah sgt Cuma kalau anda rajin membaca ,maka daptlah anda menjawab dengan sgt mudah.percayalah..kikikiki.pasal kira-kira just Bussiness Math jer ade.subjek lain sume kne MEMBACA ! Why I bolding the words? Because memang senang sangat nak score kalu amik diploma ni if korang suka membaca..betul ni..

AM110/1D...huh,full of chaos !! but it is awesome..hah,mcm mane tu? Inilah adalah group yang aku ditempatkan.Memang best sangat lah member group ni.xlupa gak ade jer yang sengal2 lidi tu..haha,Overall,they are the best..dalam kecoh-kecoh,main-main..kami tetap study ..yeahh!! nak dapatkan Anugerah Dekan katakan..InsyaAllah kami boleh !! Amin.. doakan jugak kejayaan kami yer J
Hurm,aku nak perkenalkan sume member2 aku nih,,serious diorang sangat cool..eh,ye kew cool ?? Bolehlah walaupun kadang-kadang rase cam nak bagi penampar je kat muka tembok diorang nih..hahahaha..


 Ni just bebudak ribena jer..hahaha.Nanti aku upload kasi korang tengok member aku yang lain. Akan aku perkenalkan kat korang nati lha yer..hihihi J

#gmbr tengah tunggu tenggiling..muka seposen jer,panass !!


Wait !! tenggiling? Ape tu? Nak tau ker?? Haha,mesti ada yang dah tau kan .Tenggiling sebenarnya refer kat bas sekolah yang warna oren tu lah..Alaahh,xkan xtau..ingat tak?? Haha.memang kalu dok sini kne jer naik tenggiling tu..Jauh la wei kolej kediaman aku.mau xletih kalau jalan kaki balik sana ..Adoyai..Nak naik ‘batu caves’ ?? memang tak lah..hew..hew

Hahaha..ni lah tenggiling nyer..kalau tak der ni.mmg naseb la pegi kelas jalan kaki..arrgghh!! tak nak jalan kaki !!!! L






Haa.. ‘batu caves’ tu..weii,sumpah letih naik ni..tapi kalau korang dah naik,jangan harap nak patah balik.Punyalah tinggi and berapa banyak anak tangga aku xkira lagi.Yang pasti memang TOP  lah tangga ni...Yer..memang memendekkan jarak perjalanan tapi jauh jugak dengan TDM tu..kadang-kadang kalau terpaksa memang aku naik gak..Adoyaii~ nasib la badan L. Mengurut dengan Tok Bidan la lepas naik tangga ni.Dont Worry.takder lagi yang mati naik tangga ni..hahaha..Boleh jer nak cuba naik tangga ni kalau anda kuat mental & fizikal,muahahahaha..

Okay lah..memang dah kaku dah jari aku ni..Jumpa lagi kat entri seterusnya yer J .
Nak tulis pasal ape plak ea?? Nati aku fikir dlu n aku akan cuba untuk upload gmbar member ak kat sini ea..sehingga berjumpa lg.. Assalamualaikum J