السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hai readers ! okay lah, entry kali ni nak citer pasal
seseorang yang korang panggil sahabat, kawan, teman, buddyz atau orang Kelantan
panggil ‘saem’ atau ‘gu’ . . . Aku akui
( entry kali ni guna ‘aku’ balik haha) sahabat sgt penting dalam hidup. Tanpa mereka,
kita tak der tempat nak kongsi suka
duka, kongsi pengalaman atau mungkin tempat nak luahkan perasaan. Iye lah ,
selain family kita nak jugak kongsi dgn orang lain kan? Kadang2 ada sesuatu
yang hanya boleh diluahkan kpd sahabat kita selain dri family. Bukan nak
ketepikan family tapi tak nak bagi diorang risau. Contohnya macam aku. Aku
sekarang jauh dri family coz aku dok kat UiTM. Kadang2 tu memang ada masalah
pembelajaran, masalah kawan, dan byk lagi masalah lain. Aku jarang bagitau maa
n abah sebab tak nak diorang risau. Tapi lumrah seorang ibu , my mom kadang2
dpat rasa aku ada masalah. Dia akan kol and tanya aku OK ke tidak. Mula2 tu tak
nak bgitau tp akhirnya . . sampai menangis bila maa kol hahaha. . . but still,
aku tak bagitau semua. At the end of our conversations, aku akan cakap benda ni
akan selesai. InsyaAllah.
Olrite, back to our topic. Sahabat . . hurm, it seems really
hard to find real friends. Sahabat ketika suka senang nak cari, petik jari je
penuh depan mata. Tapi, sahabat duka ?? memang payah. . Ketahuilah,
sesungguhnya dalam persahabatan ni banyak yang perlu kita harungi dan lalui
bersama.
Disini aku nak kongsi sedikit mutiara kata :
"Persahabatan
tidak bermaksud siapa yang lebih lama, tapi mereka yang datang dan tidak pernah
meninggalkan sisi anda" – anonymous
"Masa
susah akan menunjukkan siapakah sahabat sebenar" -
anonymous
So . .
fahamkah anda ? heheh . . . apa yang aku fahamlah, seorang sahabat itu
bukan diukur dari berapa lama mereka bersahabat tapi sahabat adalah mereka yg
sentiasa ada ketika senang atau susah. . .
Alangkah bertuahnya jika dapat sahabat macam ni kan? Dan . . . jika nak
tahu siapa sahabat sbenar, anda nilai lah sendiri siapa yang masih sanggup
bersama ketika susah. . kerana dia lah sahabat sejati.
Bolehkah kita ?
Nak dapat sahabat yang baik, diri sendiri pun
kenalah jadi sahabat yang baik. Persoalannya, bolehkah kita menjadi sahabat
yang baik? InsyaAllah boleh kan readers sekalian? Sesetengah orang mungkin
tidak sedar, menjadi sahabat sejati adalah lebih sukar daripada menjadi pelajar
cemerlang ( Ehh . .?? ) Kaitannya ? Untuk menjadi pelajar cemerlang hanya perlu
bersahabat dgn buku. Buku ada perasaan ? emosi ? kerenah pelik ? Tak der kan .
. jadi buku itu hanya perlu dibaca shaja tanpa ada masalah. Tapi untuk menjadi
sahabat, mereka perlu berhadapan dgn MANUSIA. Yeahh . . manusia yang mempunyai
perasaan,emosi dan kerenah masing-masing. Seorang sahabat hendaklah sentiasa
sabar dan selalu disisi ketika senang atau susah :')
Disini lagi mutiara kata :
"Persahabatan
adalah sekuntum bunga mawar hidup, dimana memberikan kewangian disetiap
kelopaknya" - Oliver Wandell Holmes
"Sahabat
adalah mereka yang melihat tangisan pertama, menangkap yang kedua dan
memberhentikan yang ketiga" - Angelique
Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kita
hendaklah sentiasa memper’indah’kan
hari-hari persahabatan moga kekal hingga ke syurga InsyaAllah J Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T
agar kita dikurniakan sahabat yang baik serta menjadi seorang sahabat yang selalu
disisi ketika senang atau susah . . Amin
No comments:
Post a Comment